Jumaat, 22 Oktober 2010

Kek Hari Jadi

selepas babah meninggal masa umur aku 12 tahun, sejak tu dah xda sapa nak celebrate hari jadi aku. sedih dan rindu pada kenangan itu.

sekarang umur aku dah cecah 21 tahun. dah 9 tahun tak sambut hari jadi. biasanya hanya ucapan sahaja yang aku dapat.itu pun dah cukup baik kan? tahun lepas kawan2 aku sambut hari jadi sorang kawan aku ni. aku rasa sedih sebab hari jadi aku dorang xsambut pun. beli kek or apa2. aku ni kawan yang xbaik ke untuk diraikan hari jadinya?


then, aku terfikir, kenapa perlu nak tunggu orang buat surprise sambut hari jadi sendiri? xsalah kalau aku sambut hari jadi aku dengan cara aku dan aku organize sendiri hari jadi aku. perkara tu dah approve kan dua perkara :
1. jangan biar orang lain merancang untuk masa hadapanmu sebab tiada apa yang boleh mereka rancangkan
2. berjiwa boss bukan berjiwa hamba

aku dah plan pada hari jadi aku tu, aku nak pergi somewhere contohnya langkawi @ cameron. aku nak tengok view.yang penting kek hari jadi aku mau ada.

on my hari jadi, plan yang aku rancangkan xmenjadi sangat. aku pun baru lepas break dua hari sebelum tu. dengan siapalah aku nak celebrate sangat2. malam tu aku tido dengan hati yang kesedihan. berdoa pada Allah agar aku menjadi insan yang lebih baik mulai hari pertama aku menjejak kaki ke umur 21.

paginya aku bangun. rumet aku wish dgn senyuman. "bangun cepat nak g keje"
aku bangkit,mandi,siap.pilih baju yang aku suka untuk hari ini.aku nekad.

hari ini hari jadi aku dan aku akan isi sepenuhnya.apa yang berlaku sebelum ni aku xdapat ubah. tapi hari ini dan esok aku boleh ubah.

aku jadi pembantu kedai bunga.sangat best sebab aku xpernah cuba. mcm rosalinda. dulu pernah keje kt kedai barang (sangat penat dgn gaji yg kurang berpatutan).then, kedai jam (lepak je) and now kedai bunga masa majlis konvo upm. tp aku xsempat blaja gubahan bunga.ok xpe perati dulu

gaji aku dpt adalah RM100++ utk 1 hari. sgt berbaloi. then dgn duit tu aku wat beli kek aku sendiri. kbtln, kwn aku ajak g tempat pokok sbtg shooting LBS. malangnya aku eksiden.adehh sgt sakit.dah lme xjatuh.so celebratenye di klinik n kek tu pun da hancur tp still ley mkn agi.sedih tp tetap gembira dalam hati.

sbb dalam sakit2 tu, aku dgn kwn2 aku (tale of six) mkn sme2.aku sgt appreciate that moment. apa yg penting, susah sng dlm pesahabatan sama dihadapi. -----> nak nangis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan