Sabtu, 25 Disember 2010

Melakar lebih senang dari menciptakan

amat perit rupanya menciptakan impian menjadikannya sebuah realiti. buat masa ni segala anganku bagaikan sukar untuk digapai sebab masalah kewangan. punca kewangan yang aku harapkan dulu kini tertutup. nak keje part time terus cancel gara-gara bakal bos tu nak tunjuk belang. pertandingan perniagaa yang aku masuk pun xmenang. duduk bilik orang dengan cara menumpang. kadang makan pun xcukup. oh bencinya hidup begini !

Tuhan,
berikan aku cara.

Khamis, 4 November 2010

sangat nak beli gitar

penyakit aku 2 tahun lepas datang balik. kepingin nak beli gitar even duit tengah sengkek. nak jugak. for beginner, acoustic jadilah.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Kek Hari Jadi

selepas babah meninggal masa umur aku 12 tahun, sejak tu dah xda sapa nak celebrate hari jadi aku. sedih dan rindu pada kenangan itu.

sekarang umur aku dah cecah 21 tahun. dah 9 tahun tak sambut hari jadi. biasanya hanya ucapan sahaja yang aku dapat.itu pun dah cukup baik kan? tahun lepas kawan2 aku sambut hari jadi sorang kawan aku ni. aku rasa sedih sebab hari jadi aku dorang xsambut pun. beli kek or apa2. aku ni kawan yang xbaik ke untuk diraikan hari jadinya?


then, aku terfikir, kenapa perlu nak tunggu orang buat surprise sambut hari jadi sendiri? xsalah kalau aku sambut hari jadi aku dengan cara aku dan aku organize sendiri hari jadi aku. perkara tu dah approve kan dua perkara :
1. jangan biar orang lain merancang untuk masa hadapanmu sebab tiada apa yang boleh mereka rancangkan
2. berjiwa boss bukan berjiwa hamba

aku dah plan pada hari jadi aku tu, aku nak pergi somewhere contohnya langkawi @ cameron. aku nak tengok view.yang penting kek hari jadi aku mau ada.

on my hari jadi, plan yang aku rancangkan xmenjadi sangat. aku pun baru lepas break dua hari sebelum tu. dengan siapalah aku nak celebrate sangat2. malam tu aku tido dengan hati yang kesedihan. berdoa pada Allah agar aku menjadi insan yang lebih baik mulai hari pertama aku menjejak kaki ke umur 21.

paginya aku bangun. rumet aku wish dgn senyuman. "bangun cepat nak g keje"
aku bangkit,mandi,siap.pilih baju yang aku suka untuk hari ini.aku nekad.

hari ini hari jadi aku dan aku akan isi sepenuhnya.apa yang berlaku sebelum ni aku xdapat ubah. tapi hari ini dan esok aku boleh ubah.

aku jadi pembantu kedai bunga.sangat best sebab aku xpernah cuba. mcm rosalinda. dulu pernah keje kt kedai barang (sangat penat dgn gaji yg kurang berpatutan).then, kedai jam (lepak je) and now kedai bunga masa majlis konvo upm. tp aku xsempat blaja gubahan bunga.ok xpe perati dulu

gaji aku dpt adalah RM100++ utk 1 hari. sgt berbaloi. then dgn duit tu aku wat beli kek aku sendiri. kbtln, kwn aku ajak g tempat pokok sbtg shooting LBS. malangnya aku eksiden.adehh sgt sakit.dah lme xjatuh.so celebratenye di klinik n kek tu pun da hancur tp still ley mkn agi.sedih tp tetap gembira dalam hati.

sbb dalam sakit2 tu, aku dgn kwn2 aku (tale of six) mkn sme2.aku sgt appreciate that moment. apa yg penting, susah sng dlm pesahabatan sama dihadapi. -----> nak nangis

Mr. RabbitMan



aku pernah mimpi pasal Mr. Rabbitman. manusia berkepala arnab. dalam mimpi tu, aku mencari-cari Mr. Rabbitman. ada sebab untuk aku berjumpa dia.ada sesuatu yang aku nak bagi tau. tapi, ada satu watak perempuan berkepala arnab ni menghalang aku berjumpa dia. Miss Rabbitpink ni bawa lari Mr. Rabbitman jauh-jauh. aku menjerit-jerit " Mr. Rabbitman please come back!!" sambil mengejar mencarinya.dalam pencarian aku untuk bertemu semula dengan Mr. Rabbitman, aku berjumpa seorang lelaki berkepala beaver yang kononnya nak membantu tapi dari caranya aku dapat rasa dia menipu.

mimpi berakhir bila aku terjaga. dan perasaan tercari-cari Mr. Rabbitman ada walaupun aku dah sedar. perkara mimpi sampai terbawa-bawa ke dunia nyata. tapi aku rasa tu dari dunia nyata aku yang terbawa-bawa ke dalam mimpi.aku tahu aku menunggu dan ingin bertemu Mr. Rabbitman di dunia nyata.

macam mana kalau aku betul-betul jumpa Mr. Rabbitman (manusia berkepala arnab)? TANJAT BOBOI !


Rabu, 20 Oktober 2010

impian

sekarang impian aku adalah untuk memenuhi impian masa kecilku yang tak tercapai.
mungkin sadis bagi orang lain, tapi bagi aku ia harapan besar

YA! aku nak beli play station!

Selasa, 19 Oktober 2010

pokok sebatang

kerana kata, cintaku binasa
bagaimana boleh ku kembalikan senyum di hatiku
aku boleh berlari kemana aku mahu
aku boleh menghindar sejauh yang ku mahu
namun, bila upaya aku ditarik
tersedar aku yang hidup perlu berbatas
sedih ku kehilangan cinta
takkan boleh ku hentikan hidup

Selasa, 12 Oktober 2010

kehilangan yang terasa

adanya dirimu aku tak mengerti indahnya bahagia yang kau berikan
hilangnya dirimu aku mengerti peritnya kehilangan
bagaimana harus ku kembalikan senyuman di jiwa aku
sedangkan aku hilang tersesat dalam mencari diriku yang sebenar
lepuh malu di depanmu

Ahad, 10 Oktober 2010

ATV


www.adventurepark.com


aku teringin nak merasa pengalaman di sana.
bila nak dapat pegi ni
dok terbayang dah deruan air terjun yang menanti aku
a panoramic view yang bakal mengisi kosongnya jiwa aku sekarang