Sabtu, 25 Jun 2011

RAIN AND RAINBOW

hujan ibarat dugaan yang hadapi dalam hidup. kadang kala bila hujan, kita rasa marah, sedih, dan sunyi. marah sebab kita terpaksa bersusah-susah cari payung kalau nak ke luar rumah.sedih sebab kadang-kadang apa yang kita rancangkan terpaksa ditunda sebab hujan. sunyi sebab kadang kala bila hujan turun dan sedang kita menikmati rintik hujan, jiwa tersentuh, hati dan fikiran teringat pada kenangan yang pernah kita coretkan bersama seseorang. bertambah sunyi lagi apabila orang itu tidak lagi bersama kita sebagaimana dulu buat masa sekarang.

begitu juga dugaan. kita terpaksa mengharungi susah payah. kita terpaksa bersedih dan merasa sunyi. tapi pada ketika itulah kita diransangkan untuk bersabar, bertindak mencari jalan penyelesai. then, the rainbow will appear. rainbow as a symbolic of succeed, the good news that we have been waiting for.

somehow, rainbow dont stay long. but life is about a long journey and its never stop until the last breath. so, dont give up easily. rain and rainbow come and go on and on. have you ready for it!

bila ada masalah nak sangat bersedih. bila masalah dah selesai rasa macam , TANJAT BOBOI!!!

Isnin, 20 Jun 2011

KESABARAN TERUJI LAGI

kerap kali aku berpesan kepada diri aku untuk tidak lekang daripada bersabar. rembesan adrenalin ke setiap ruang pembuluh darahku membuatkan fikiran aku berputar ligat mencari cara menyelesaikan perkara yang tiba-tiba datang tak berjemput. yang baiknya, aku mampu fikirkan cara penyelesai masalah atau dalam definisi hidup aku adalah mencari jalan keluar melepaskan diri tapi yang buruknya, orang sekeliling aku terkena tempiasnya.

aku masih lemah dalam mengurus emosi aku sendiri. namun sedikit demi sedikit aku cuba belajar.

kadang-kadang bila kena marah, rasa macam nak marah balik.tapi aku selalu diam bila kena marah sebab aku sedar kesalahan aku. yang aku tak puas hatinya bila aku tiba-tiba kena marah tanpa sebab. TANJAT BOBOI!