Isnin, 20 Jun 2011

KESABARAN TERUJI LAGI

kerap kali aku berpesan kepada diri aku untuk tidak lekang daripada bersabar. rembesan adrenalin ke setiap ruang pembuluh darahku membuatkan fikiran aku berputar ligat mencari cara menyelesaikan perkara yang tiba-tiba datang tak berjemput. yang baiknya, aku mampu fikirkan cara penyelesai masalah atau dalam definisi hidup aku adalah mencari jalan keluar melepaskan diri tapi yang buruknya, orang sekeliling aku terkena tempiasnya.

aku masih lemah dalam mengurus emosi aku sendiri. namun sedikit demi sedikit aku cuba belajar.

kadang-kadang bila kena marah, rasa macam nak marah balik.tapi aku selalu diam bila kena marah sebab aku sedar kesalahan aku. yang aku tak puas hatinya bila aku tiba-tiba kena marah tanpa sebab. TANJAT BOBOI!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan